Salam satu Malaysia, saya ingin share teknik menjawab soalan KBAT sains spm yang popular
iaitu kenapa mitosis ialah proses yang penting. Mitosis ialah pembahagian sel soma atau sel biasa
yang mengandungi 46 kromosom. Pembahagian sel biasa dalam proses mitosis penting supaya
sesuatu organisma dapat membesar.
Contohnya, kita sendiri membesar dari saiz yang kecil iaitu dari peringkat bayi kepada peringkat
dewasa. Ini hanya boleh berlaku apabila sel biasa dalam badan, kecuali sel pembiakan, membahagi
kepada dua untuk menghasilkan dua sel anak yang sama kandungan genetiknya. Pembahagian yang
sama secara berterusan dalam sel soma membolehkan kita dan organisma lain membesar.
Mitosis juga penting supaya baka keturunan atau genetik kekal sepanjang hayat. Ia memastikan tiada
sebarang perubahan dalam kandungan sel. Perubahan yang sedikit sekali pun akan menyebabkan
mutasi iaitu peubahan dalam kromosom yang boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser.
Mitosis juga sangat penting kerana ia ialah proses menggantikan sel - sel yang sentiasa rosak dan perlu digantikan terutamanya sel kulit.
Maklumat di atas boleh dibaca dan berguna untuk pelajar biologi juga.
Untuk pelajar biologi pula, fokus kita pada hari ini ialah perbezaan di antara membran plasma
dengan dinding sel.
Membran sel ialah lapisan separa telap yang mengawal bahan keluar masuk ke dalam sel.
Ia diperbuat daripada dwilapisan fosfolipid iaitu dua lapisan lipid dan membran protein di antaranya.
Lapisan ini mengawal kemasukan nutrien, air dan gas oksigen. Ia juga memastikan bahan kumuhan
disingkirkan dengan cekap tanpa terkumpul dalam sel.
Dinding sel pula ialah selulosa yang telap sepenuhnya kepada cecair. Ini membolehkan semua
cecair bergerak masuk dan keluar secara osmosis. Dinding sel juga adalah tegar iaitu bentuk tetap
untuk melindungi kandungan di dalam sel. Dinding sel hanya ada dalam sel tumbuhan untuk
memberi sokongan pada setiap sel tumbuhan
Membran sel pula ada dalam sel tumbuhan dan haiwan.
Sekian sahaja untuk kali ini.
Sesiapa yang berminat untuk membeli booklet berharga rm40 yang dijual di sekolah - sekolah
terkenal, sains atau biologi, kini dapat membelinya dalam bentuk PDF dengan harga rm 10! Sila emel saya pada paul999indran@gmail.com untuk kerangan lanjut. Mereka yang beli akan dapat beberapa edisi nota dan soalan terkini dengan jawapan sekali.

Comments
Post a Comment