Hi para pelajar spm, seperti yang diutarakan dalam blog yang lepas, ramai pelajar gagal untuk skor dalam dalam sains dan biologi spm kerana gagal menafsirkan kehendak soalan dan tidak tahu cara atau teknik menjawab soalan dengan tepat!! Ramai yang menjawab dengan meleret maka markah pun meleret!! Dalam masa yang tersuntuk ini menjelang spm, teknik menjawab ialah satu - satu caranya untuk skor tanpa usaha yang banyak. Saya telah membuat bengkel menjawab soalan di 23 sekolah berprestasi tinggi dalam bahasa Inggeris dan telah menterjemahkannya ke bahasa malaysia untuk mereka yang perlu bimbingan. Harga asal di sekolah ialah rm40 tetapi kini saya telah susunkan dalam bentuk PDF dengan harga rm10 sahaja!! Sesiapa yang beli PDF ini akan menerima lebih banyak teknik menjawab terutamanya soalan KBAT. Pada 1 November, saya akan memulakan program tutorial atau seminar iaitu sesi soal dan jawab, pelajar yang berminat akan menerima lebih banyak soalan dan jawapan terki...
Posts
Showing posts from October, 2018
- Get link
- X
- Other Apps
Hi untuk pelajar tingkatan 5 yang menduduki spm tahun ini, topik penting yang selalu diajukan dalam peperiksaan tahun ini ialah keimunan aktif buatan yang juga dikenali sebagai vaksin. Proses pemvaksinan melibatkan tindakan melemahkan atau mematikan mikroorganisma yang berbahaya. Ia kemudian disuntik ke dalam badan untuk merangsang antibodi dalam badan supaya mencegah jangkitan penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma tersebut. Tindakan pemvaksinan merupakan langkah pencegahan dan dan kekal sepanjang hayat. Ini cara jawab untuk soalan berkenaan pemvaksinan dalam bentuk soalan biasa dan juga soalan KBAT Untuk biologi pula, bahagian dan fungsi otak selalu ditanya. Serebrum ialah bahagian otak paling besar dan mengawal segala tindakan terkawal. Permukaannya beralur untuk menempatkan lebih banyak neuron. Serebelum pula mengawal koordinasi otot - otot dan keseimbangan badan. Medula oblongata mengawal tindakan luar kawal seperti respirasi, denyutan jantung, peredaran darah...
- Get link
- X
- Other Apps
Hi pelajar biologi sila baca post di bawah untuk teknik dan tips terkini. Untuk fokus sains teras spm, pelajar kena fokus pada bahagian struktur otak yang biasanya ditanya dalam paper 1 dan juga bentuk struktur. Bahagian otak paling besar iaitu serebrum mengawal segala tindakan terkawal seperti belajar, tulis dan aktiviti lain yang memerlukan kawalan dan daya penaakulan iaitu berfikir. Bahagian depan serebrum mengawal pertuturan, sebelah tepi pula untuk pendengaran dan sebelah belakang pula untuk penglihatan. Sebarang kecederaan pada bahagian tersebut akan menjejaskan fungsi - fungsi yang dikawal olehya. Untuk pelajar biologi pula, sila tengok post lepas untuk tips penting. Untuk kali ini, fokus biologi spm ialah keunikan pokok paya bakau yang membolehkan kemandiriannya dalam habitat yang sukar dan dikelilingi oleh air masin. Akar jangkang adalah sistem aka...
- Get link
- X
- Other Apps
Salam satu Malaysia, saya ingin share teknik menjawab soalan KBAT sains spm yang popular iaitu kenapa mitosis ialah proses yang penting. Mitosis ialah pembahagian sel soma atau sel biasa yang mengandungi 46 kromosom. Pembahagian sel biasa dalam proses mitosis penting supaya sesuatu organisma dapat membesar. Contohnya, kita sendiri membesar dari saiz yang kecil iaitu dari peringkat bayi kepada peringkat dewasa. Ini hanya boleh berlaku apabila sel biasa dalam badan, kecuali sel pembiakan, membahagi kepada dua untuk menghasilkan dua sel anak yang sama kandungan genetiknya. Pembahagian yang sama secara berterusan dalam sel soma membolehkan kita dan organisma lain membesar. Mitosis juga penting supaya baka keturunan atau genetik kekal sepanjang hayat. Ia memastikan tiada sebarang perubahan dalam kandungan sel. Perubahan yang sedikit sekali pun akan menyebabkan mutasi iaitu peubahan dalam kromosom yang boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser. Mitosis juga sangat penting k...
NOTA BIOLOGI DAN SAINS SPM
- Get link
- X
- Other Apps
Salam kepada semua pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dalam masa yang terdekat ini! Saya ialah cikgu Indran berpengalaman 25 tahun mengajar teknik menjawab soalan sains / biologi di pusat - pusat tuisyen tersohor di Lembah Kelang dan pemceramah di sekolah - sekolah berprestasi tinggi atau high performance school. Saya juga mengadakan teknik menjawab soalan di sekolah swasta di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Saya menulis buku sains dan biologi kompak untuk sekolah terkenal dan pusat tuisyen terkenal. Di sini saya ingin berkongsikan teknik menjawab soalan sains dan biologi yang mudah terutamanya untuk soalan yang merumitkan terutamanya soalan KBAT. Pelajar yang sekadar membaca sahaja sukar skor A kerana teknik menjawab perlu dikuasai untuk berjaya mendapatkan A dengan usaha yang sedikit. Setiap tahun saya akan dijemput ke sekolah berprestasi tinggi dan sekolah biasa untuk membimbing pelajar tentang teknik menjawab soalan rumit dengan cara yang mud...